Posts

Showing posts from June, 2023

Kitab Mujammak Amsal (Bahagian 3)

Image
 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, As Taufiq disini dan ini adalah kisah diariku, ayuh kita mulai!!! Baiklah teman-teman sekalian, sebelum saya memberikan peribahasa arab yang ketiga, dukacita dimaklumkan bahawa selepas ini saya tidak akan menulis lagi untuk tempoh jangka panjang kerana ingin bersara dahulu dari menulis diari ini. Jika saya berkeinginan untuk menulis lagi maka saya akan kembali. Peribahasa Arab ketiga ini teman teman, ianya unik kerana walaupun ayat Arab nampak berbeza dengan Melayu tetapi membawa makna yang sama. Peribahasa Arab ketiga untuk penulisan terakhir ini adalah: Maksud Peribahasa diatas adalah " Ganjaran Sinimar " manakala peribahasa melayu yang hampir sama makna adalah " Bagai melepaskan anjing yang tersepit ". Nampak berbeza bukan dengan peribahasa sebelumnya? yang ini unik kerana walaupun tidak sama pada ayat tetapi membawa sama pada makna. Jom kita tengok pada peribahasa melayu dahulu. Makna disitu adalah kita berniat baik te

Kitab Mujammak Amsal (Part 2)

Image
 Assalamualaikum dan Salam sejahtera teman teman sekalian, As Taufiq disini dan ini adalah kisah diariku, ayuh kita mulai!!! Peribahasa Arab kedua untuk hari ini adalah: Maksud peribahasa diatas adalah: " Seorang mukmin tidak akan jatuh dalam lubang yang sama sebanyak 2 kali ". Kisah yang berlaku yang menyebabkan ayat ini disebutkan adalah bermula daripada sebuah perceritaan antara Nabi Muhammad SAW dengan seorang penyair arab bernama Abi Azzah. Abi Azzah merupakan seorang penyair jahiliyah yang menetap di Mekah. Dia sering mencaci Nabi dan para sahabat dengan syair-syairnya. Selepas tamat Perang Badar, Abi Azzah ditangkap namun meminta belah kasihan kepada Nabi. Setelah dilepaskan dan pulang ke Mekah, dia menyakiti kaum muslim yang menetap di sana dengan syair-syairnya dan berusaha mengumpul kumpulan untuk memerangi nabi. Abi Azzah ditangkap sekali lagi pada Perang Uhud. Dia juga meminta belah kasihan kepada Nabi akan tetapi Nabi dan para sahabat tidak menghiraukan nya lagi

Kitab Mujammak Amsal (Bahagian 1)

Image
 Assalamualaikum dan salam sejahtera. As Taufiq disini dan ini adalah kisah diariku, ayuh kita mulai!!! Baiklah wahai teman teman sekalian, hari ini saya akan menceritakan satu kitab arab yang mempunyai isi kandungan bertemakan peribahasa dalam bahasa arab. Saya juga akan memberikan contoh  peribahasa arab yang saya rasakan ianya ada persamaan dengan peribahasa Bahasa Melayu. Sebelum itu ayuh kita mengenal pasti kitab nya terlebih dahulu. Kitab Mujammak Amsal ا لكتاب: مجمع الأمثال المؤلف: أبو الفضل أحمد بن محمد بن إبراهيم الميداني النيسابوري (ت ٥١٨هـ) الناشر: دار المعرفة - بيروت، لبنان عدد الأجزاء: ٢ Nama Kitab: Kitab Himpunan Peribahasa Penulis Kitab: Abu Al-Fadhl Ahmad Bin Muhammad Bin Ibrahim Al Maidani Al Nisaburi Tempat Terbit: Dar Makrifat - Beirut,Lubnan Bilangan Jilid: 2 Baiklah teman-teman sekalian, ayuh kita melihat contoh pertama yang dipilih dalam peribahasa arab ini. Pada awalnya saya ingin meletakkan gambar pdf ayat tersebut tapi disebabkan gambar tidak jelas maka saya ak

Seniman Agung Tanah Melayu (Bahagian 4)

Image
 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. As Taufiq disini dan ini adalah kisah diariku, ayuh kita mulai!!! Baiklah teman teman sekalian, kita sudah sampai ke penghujung tajuk "Seniman Agung Tanah Melayu". Tanpa membuang masa ayuh kita teruskan. Hasil karya yang dipilih untuk kisah pada hari ini berjudul: 3 abdul Sinopsis daripada filem ini adalah: Di sebuah negara Isketambola, terdapat seorang hartawan yang sangat kaya iaitu Ismet Ulam Raja. Dia mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub. Mereka bertiga selalu bertengkar sesama mereka sendiri kerana adik bongsu mereka, Abdul Wahub selalu tidak sependapat dengan abang-abangnya. Mereka bertiga masing-masing mempunyai perniagaan dengan Abdul Wahab mempunyai Kedai Jual Burung, Abdul Wahib mempunyai Kedai Ukir dan Abdul Wahub mempunyai Kedai Muzik. Setelah bapa mereka meninggal dunia, Abdul Wahab dan Abdul Wahib mula bersikap tamak dengan membolot semua harta peninggalannya. Manakala, Abdul

Seniman Agung Tanah Melayu (Bahagian 3)

Image
 Assalamualaikum dan salam sejahtera. As Taufiq disini dan ini adalah kisah diariku, ayuh kita mulai!!! Baiklah teman teman sekalian. Sebelum ini saya telah menceritakan satu daripada hasil karya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee berjudul " Anak Ku Sazali". Pada hari ini saya akan menceritakan sedikit sinopsis juga berserta nilai pengajaran yang boleh diambil daripada hasil karya yang lain. Tajuk hasil karya kedua yang dipilih adalah : Bujang Lapok Sinopsis daripada cerita ini adalah: Ramli, Aziz dan Sudin tinggal di rumah sewa kepunyaan janda bernama Normah. Gelagat Ramli mula menarik perhatian pemilik rumah sewanya iaitu Normah. Hal ini disedari sendiri oleh rakan baik Ramli iaitu Sudin dan Aziz. Sudin dan Zaiton pula ingin berkahwin tetapi emak Zaiton tidak setuju ekoran Sudin dilihat tidak berupaya menanggung anaknya. Ayu, adik kepada Zaiton, sentiasa meminta upah sebanyak 20 sen untuk menutup rahsia hubungan cinta antara Sudin dan Zaiton.  Aziz pula sering membantu Sapiah yan

Seniman Agung Tanah Melayu (Bahagian 2)

Image
 Assalamualaikum dan salam sejahtera. As Taufiq disini dan ini adalah kisah diariku, ayuh kita mulai!!! Baiklah teman teman sekalian, sebelum ini saya telah bercerita tentang biodata seniman agung Tanah Melayu iaitu Tan Sri P.Ramlee dimana beliau telah meninggalkan hasil karya untuk tontonan lapisan masyarakat. Pada hari ini saya akan membicarakan antara salah satu karya yang dihasilkan oleh Tan Sri P.Ramlee. Saya akan memberikan sedikit sinopsis dan nilai pengajaran yang boleh didapati melalui karya ini. Saya berfikir untuk memilih 3 sahaja karya. Oleh itu, untuk dibawah tajuk Seniman Agung Tanah Melayu ini akan mempunyai sebanyak 4 bahagian. Baiklah Karya yang pertama dipilih adalah filem berjudul: Anak Ku Sazali Sinopsis daripada cerita ini adalah: Hassan berkahwin dengan Mahani atas dasar saling mencintai di Singapura. Hassan begitu gembira apabila  Mahani mengandungkan anak sulung mereka. Malangnya Mahani meninggal dunia ketika melahirkan anak lelaki yang kemudiannya dinamakan Saz

Seniman Agung Tanah Melayu (Bahagian 1)

Image
 Asslamualaikum dan salam sejahtera. As Taufiq disini dan ini adalah kisah diariku, ayuh kita mulai!!! Teman teman sekalian, semasa saya sedang menghadiri kelas penglahiran bakat kreatif, saya telah didedahkan akan tokoh tokoh sasterawan negara yang telah menyumbang jasa kepada negara. Dalam pada waktu yang sama, saya telah deberi tugasan untuk menceritakan serba sedikit maklumat yang ada tentang tokoh seniman agung yang ada di tanah melayu pada satu ketika dahulu. Namanya teman teman cukup mashur di pelusuk Malaysia dan semua orang pasti akan mengenalinya kerana jasa beliau amat tinggi kepada negara dan masyarakat. Siapakah beliau? dia adalah Tan Sri P. Ramlee. 💖Gambar Tan Sri P. Ramlee💖 Pada kisah hari ini adalah saya akan bercerita sedikit tentang biodata beliau. Tan Sri P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh adalah seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu yang sangat berbakat.  P. Ramlee telah dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac

Event dan Cosplay? (Bahagian 2)

Image
 Assalamualaikum dan Salam sejahtera diucapkan. As Taufiq disini dan ini adalah kisah diariku. Ayuh kita mulai!!!  Baiklah teman teman semuanya, dalam penulisan sebelumnya saya telah menceritakan tentang pengalaman saya pergi ke event anime dan melihat suasana yang cukup meriah sekali. Oleh itu, dalam penulisan kali ini saya akan menceritakan kisah yang berkaitan dengan event anime ini iaitu cosplayer. Cosplayer ini adalah orang yang meniru watak karakter yang disukai dalam cerita animasi jepun. Setiap event anime yang dianjurkan pasti akan ada cosplayer. Peraturan juga diwujudkan supaya acara berjalan dengan lancar dan memastikan keselamatan cosplayer dan orang awam terjamin. Antaranya adalah dengan meminta izin untuk bergambar. Seperti gambar yang telah saya tunjukkan sebelumnya, kesemua cosplayer itu sudah saya meminta izin sebelum bergambar. Sekiranya saya tidak meminta izin, saya dikira bersalah kerana menceroboh provasi orang untuk cosplayer. 😜Ini adalah cosplayer pertama saya d

Event dan Cosplay? (Bahagian 1)

Image
 Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. As Taufiq disini dan ini adalah kisah diariku. Ayuh kita mulai!!! Baiklah teman teman sekalian bedasarkan tajuk diatas, Saya akan bercerita pengalaman saya kali pertama pergi ke event anime dan kali pertama saya cuba cosplay. Untuk makluman, event anime merupakan acara yang dilakukan untuk para penggemar animasi jepun yang kita gelar sebagai anime dan tokusatu (yang minat kamen rider dan ultraman) seperti saya. Para penggemar ini akan datang ke acara tersebut untuk melihat suasana, membeli figura dan bergambar dengan cosplayer (orang yang meniru gaya pakaian karakter) yang disukai dalam cerita tersebut seperti gambar dibawah ini. 💙Ini adalah sebahagian cosplayer yang sempat diamik gambar bersama💙 Gambar diatas merupakan event anime besar besaran yang dibuat di KLCC pada tahun 2018. Setiap bulan event anime akan ada mengikut perubahan tempat akan tetapi event besar besaran hanya dibuat sekali setahun. Jadi pada waktu itu, saya yang sedang be

Hobi (Bahagian 2)

Image
 Assalamualaikum dan salam sejahtera. As Taufiq disini dan ini adalah kisah diariku, ayuh kita mualai!!! Baiklah teman teman sekalian, sebelum ini saya sudah menceritakan hobi saya di waktu lapang iaitu berenang. Sekarang ini saya akan menceritakan hobi kedua saya pula. Hobi ini sudah saya mulakan sejak tahun 2018 dan masih berterusan sampai sekarang. Hobi saya ini kebanyakkan tak ramai yang ada buat kerana kalau hobi mengumpul ini ramai orang ada mengumpul benda yang mereka suka. Tetapi hobi mengumpul saya ini tak ramai orang minat. Apakah ia wahai teman sekalian? Hobi saya ini adalah menguumpul mainan. 😂😂 👦Ini adalah hasil mainan yang saya kumpul dari 2018 sampai 2021👦 Sejak kecil lagi, saya dibesarkan dengan cerita animasi hero jepun seperti Ultraman, Kamen rider, Power Ranger, dan lain lain. Ibu saya juga ade membelikan patung mainan untuk saya . Disebabkan waktu itu saya masih kecil dan nakal. segala mainan yang dibeli ada yang rosak,patah,dan hilang. Apabila masa silih bergan

Hobi (Bahagian 1)

Image
 Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan, As Taufiq disini dan ini adalah kisah diariku, ayuh kita mulai!!! Kisah pada hari ini sangat menarik bagi saya untuk ditulis wahai teman teman sekalian. Ya, tajuknya adalah hobi. Saya pasti anda semestinya mempunyai hobi sama ada anda melakukannya diwaktu lapang atau sempit. Sekiranya anda bertanya kepada saya apakah hobi saya? saya akan menjawab ada 2. hobi pada waktu lapang saya adalah berenang dan hobi kedua saya diwaktu sempit adalah mengumpul mainan. Untuk hari ini saya akan menceritakan tentang berenang. 👍Kolam Renang Presint 6 Putrajaya👍 Kadangkala saya ditanyakan soalan berupa berikut: boleh ke kamu berenang? boleh ke kamu terapung di air? dan sebagainya. Saya tidak menyalahkan mereka bertanya begitu kerana fizikal saya sekarang ini ibarat pelampung air yang boleh tenggelam. HAHAHAHA!!!  😁Ini adalah saya semasa kecil. Comel kan?😁 Saya sebenarnya mempunyai sejarah hitam mengenai air. Pendek cerita ianya menyebabkan saya fobia t

Biodata Penulis (Bahagian 2)

Image
 Assalamualaikum dan Salam sejahtera diucapkan. As Taufiq disini dan ini adalah diariku. Ayuh kita mulai!!! Dalam penulisan sebelumnya, saya akan beritahu mengapa saya mengambil bidang Bahasa Arab di UPM ini. Sebelum itu, saya ingin beritahu anda semua satu rahsia saya. Saya sebenarnya bukanlah pelajar arab yang belajar di sekolah menengah agama atau sekolah pondok, Saya adalah pelajar sekolah menengah biasa dalam aliran ekonomi dan akauntan. Memang saya ada belajar asas bahasa arab semasa sekolah rendah tetapi ilmu itu sudah ditinggalkan apabila saya memasuki sekolah menengah. Persoalannya mengapakah saya tidak mengambil bidang Bahasa Arab semasa di sekolah menengah? Jawapannya wahai teman teman sekalian adalah kerana sistem sekolah menengah tersebut. Apabila saya memasuki sekolah menengah, saya medapat kelas yang ke 3 sedangkan Bahasa Arab dikhaskan untuk kelas 1 dan 2. Oleh sebab itu, saya mengambil subjek Akauntan dan Ekonomi. Walaupun saya sudah bertungkus lumus untuk skor exam te

Biodata Penulis (bahagian 1)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. As Taufiq disini dan ini adalah diariku. Ayuh kita mulai!!!  Baiklah wahai teman teman sekalian, untuk hari ini saya menceritakan tentang keluarga saya. Sebelum itu saya patutlah memperkenalkan diri terlebih dahulu walaupun kamu sudah tahu siapakah saya melalui penulisan saya sebelum ini. Nama diberi As Taufiq Bin Abd Salim. untuk tahun ini umur saya telah masuk 24 tahun dan masih bujang lagi. Saya sekarang menyambung pengajian ke Ijazah Sastera Bahasa Arab selama 3 tahun setengah. Alhamdulillah selama 2 tahun belajar disana, banyak ilmu diperolehi melalui pensyarah yang berkemahiran. 😸Ini adalah gambar saya😺 Saya mempunyai 4 orang adik beradik dan saya adalah anak bongsu. Kesemua abang dan kakak saya sudah berkahwin dan sudah mempunyai anak. Saya insyallah jika ada jodoh. Mohon doakan saya wahai teman teman sekalian. ✌Saya yang berada dikiri dan disebelah kanan adalah abang dan kakak saya✌ Abang sulung saya yang memakai baju belang putih. U

Biodata Penulis (Prolog)

Image
       Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan. As Taufiq disini dan ini adalah kisah diariku. Ayuh kita mulai! Wahai teman teman sekalian, sudah lama kita tidak bersua muka semenjak saya membuat keputusan untuk tidak menulis diari ini setelah selesai mata pelajaran Arabic ICT. Namun, apabila  masuk ke semester baharu dengan subjek baharu, terdapat pensyarahku yang memberikan tugasan untuk membuat blog lagi dan berdirilah saya disini sambil menaip membuat diari.     Untuk kali ini saya tidak akan menaip dalam bahasa arab kerana subjek yang saya amik dan diminta untuk membuat diari adalah subjek Penglahiran Bakat Kreatif. Oleh sebab itu saya akan menaip dalam bahasa melayu sahaja.     Buat masa ini saya akan menterjemah semula tulisan diari saya sebelum ini bermula pengenalan diri sampailah kepada hobi. Kemudian barulah saya akan menceritakan pengalaman yang ada sepanjang saya berada di semester 4.     Sebagai pembuka bicara, Nama diberi As Taufiq Bin Abd Salim berasal dari Selang