Kitab Mujammak Amsal (Part 2)
Assalamualaikum dan Salam sejahtera teman teman sekalian, As Taufiq disini dan ini adalah kisah diariku, ayuh kita mulai!!!
Peribahasa Arab kedua untuk hari ini adalah:
Maksud peribahasa diatas adalah: "Seorang mukmin tidak akan jatuh dalam lubang yang sama sebanyak 2 kali".
Kisah yang berlaku yang menyebabkan ayat ini disebutkan adalah bermula daripada sebuah perceritaan antara Nabi Muhammad SAW dengan seorang penyair arab bernama Abi Azzah.
Abi Azzah merupakan seorang penyair jahiliyah yang menetap di Mekah. Dia sering mencaci Nabi dan para sahabat dengan syair-syairnya.
Selepas tamat Perang Badar, Abi Azzah ditangkap namun meminta belah kasihan kepada Nabi. Setelah dilepaskan dan pulang ke Mekah, dia menyakiti kaum muslim yang menetap di sana dengan syair-syairnya dan berusaha mengumpul kumpulan untuk memerangi nabi.
Abi Azzah ditangkap sekali lagi pada Perang Uhud. Dia juga meminta belah kasihan kepada Nabi akan tetapi Nabi dan para sahabat tidak menghiraukan nya lagi sambil berkata "Seorang Mukmin tidak akan jatuh lubang yang sama sebanyak 2 kali".
Sama kan dengan Peribahasa Melayu seperti "Buah pisang tidak akan tumbuh sebanyak 2 kali".
Sekian sahaja penulisan untuk hari ini, saya akan kembali lagi dengan peribahasa arab yang terakhir untuk teman teman semua. Sekian, terima kasih.
Comments
Post a Comment