Kitab Mujammak Amsal (Bahagian 3)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, As Taufiq disini dan ini adalah kisah diariku, ayuh kita mulai!!!


Baiklah teman-teman sekalian, sebelum saya memberikan peribahasa arab yang ketiga, dukacita dimaklumkan bahawa selepas ini saya tidak akan menulis lagi untuk tempoh jangka panjang kerana ingin bersara dahulu dari menulis diari ini. Jika saya berkeinginan untuk menulis lagi maka saya akan kembali.


Peribahasa Arab ketiga ini teman teman, ianya unik kerana walaupun ayat Arab nampak berbeza dengan Melayu tetapi membawa makna yang sama.


Peribahasa Arab ketiga untuk penulisan terakhir ini adalah:



Maksud Peribahasa diatas adalah "Ganjaran Sinimar" manakala peribahasa melayu yang hampir sama makna adalah "Bagai melepaskan anjing yang tersepit".


Nampak berbeza bukan dengan peribahasa sebelumnya? yang ini unik kerana walaupun tidak sama pada ayat tetapi membawa sama pada makna.


Jom kita tengok pada peribahasa melayu dahulu. Makna disitu adalah kita berniat baik tetapi dibalas keburukan. bersesuaian dengan peribahasa bagai melepaskan anjing yang tersepit. Apabila kita niat menolong untuk melepaskan anjing daripada terjerat malah kita kene digigit olehnya.


Keadaan ini sesuai dengan Sinimar. Orang yang ingin melepaskan anjing dari terjerat adalah sinimar dan anjing yang mengigit sinimar adalah seorang raja. ayuh kita tengok sebab peribahasa ini disebutkan.


Kisah yang berlaku adalah Sinimar ini adalah seorang jurutera yang berasal daripada Romawi. Pada satu hari dia diminta oleh seorang raja bernama Nukman Amru Qois untuk membina tempat untuk para raja berkumpul dan makan.


Setelah siap dibina. Maka raja menolak sinimar jatuh dari tempat yang tinggi dan mati disitu. Tujuannya adalah kerana tempat makan yang dibina adalah sangat indah dan raja bimbang jika Sinimar akan membuat lebih hebat lagi untuk raja yang lain. Oleh sebab itu, Nukman bertindak untuk membunuh Sinimar.


Sampai disini sahaja penulisan saya untuk hari ini, saya berharap agar peribahasa yang diberikan dapat memberikan iktibar dan pelajaran kepada teman teman sekalian. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum WBT.



Comments