Event dan Cosplay? (Bahagian 2)
Assalamualaikum dan Salam sejahtera diucapkan. As Taufiq disini dan ini adalah kisah diariku. Ayuh kita mulai!!!
Baiklah teman teman semuanya, dalam penulisan sebelumnya saya telah menceritakan tentang pengalaman saya pergi ke event anime dan melihat suasana yang cukup meriah sekali. Oleh itu, dalam penulisan kali ini saya akan menceritakan kisah yang berkaitan dengan event anime ini iaitu cosplayer.
Cosplayer ini adalah orang yang meniru watak karakter yang disukai dalam cerita animasi jepun. Setiap event anime yang dianjurkan pasti akan ada cosplayer. Peraturan juga diwujudkan supaya acara berjalan dengan lancar dan memastikan keselamatan cosplayer dan orang awam terjamin. Antaranya adalah dengan meminta izin untuk bergambar. Seperti gambar yang telah saya tunjukkan sebelumnya, kesemua cosplayer itu sudah saya meminta izin sebelum bergambar. Sekiranya saya tidak meminta izin, saya dikira bersalah kerana menceroboh provasi orang untuk cosplayer.
😜Ini adalah cosplayer pertama saya dan disebelah kanan saya adalah kawan saya😜
Kembali kepada cerita asal, bagaimana saya boleh terjebak dalam dunia cosplayer ini? ceritanya adalah semenjak daripada event anime di KLCC 2018, saya telah menghadiri pelbagai event anime yang lain bersama rakan saya dan ianya telah membangkitkan keinginan saya untuk cuba cosplayer. Cosplayer pertama saya adalah watak Enderman dalam game Minecraft. Saya tidak mampu untuk membeli costume yang original kerana harga terlampau mahal. Oleh sebab itu, saya hanya membuat yang murah sahaja versi DIY dengan menggunakan bahan yang ada.
😸Ini adalah cosplayer yang kedua😸
Semenjak daripada itu, saya cuba untuk cosplay watak lain dalam event berikutnya dan masih sama menggunakan bahan yang ada untuk membuat versi DIY. Gambar kedua ini saya cosplay watak venom dalam marvel. Tetapi malang tidak berbau, topeng venom saya ini tidak dapat bertahan lama atas faktor tertentu. Oleh itu saya cuba cosplay rawak sahaja dengan memakai topeng serigala.
👍Ini adalah cosplay ketiga saya dengan memakai topeng serigala👍
Selepas dari event tersebut saya cuba mencari idea untuk cosplay selanjutnya tetapi saya mengalami kebuntuan kerana bahan yang nak dibuat tidaklah mencukupi. Pada satu hari, saya ada pergi ke acara collector market iaitu acara dikhaskan untuk para pengumpul mainan vintaj dan mainan baru. Pelbagai mainan dijual dan semasa saya meronda ronda untuk membeli, mata saya tertumpu pada satu topeng yang untuk dijual dan ianya menarik minat saya untuk membeli dan mendatangkan idea yang baharu untuk cosplay pada acara anime akan datang. Dengan segala bahan yang ada walaupun versi DIY, saya mencuba untuk mencipta cosplayer yang hampir sama dengan watak dalam cerita yang sedang terkenal pada waktu itu iaitu "chainsaw man". Gambar dibawah adalah hasil versi DIY.
😘Ini adalah cosplay saya yang terkini😘
Sampai disini sahaja kisah saya pada hari ini, pada kisah seterusnya saya akan menceritakan sedikit biodata dan hasil karya seorang seniman tanah melayu pada satu ketika dahulu. Sekian, terima kasih.
Comments
Post a Comment