Kitab Mujammak Amsal (Bahagian 1)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. As Taufiq disini dan ini adalah kisah diariku, ayuh kita mulai!!!


Baiklah wahai teman teman sekalian, hari ini saya akan menceritakan satu kitab arab yang mempunyai isi kandungan bertemakan peribahasa dalam bahasa arab. Saya juga akan memberikan contoh  peribahasa arab yang saya rasakan ianya ada persamaan dengan peribahasa Bahasa Melayu. Sebelum itu ayuh kita mengenal pasti kitab nya terlebih dahulu.



Kitab Mujammak Amsal


الكتاب: مجمع الأمثال

المؤلف: أبو الفضل أحمد بن محمد بن إبراهيم الميداني النيسابوري (ت ٥١٨هـ)

الناشر: دار المعرفة - بيروت، لبنان

عدد الأجزاء: ٢


Nama Kitab: Kitab Himpunan Peribahasa

Penulis Kitab: Abu Al-Fadhl Ahmad Bin Muhammad Bin Ibrahim Al Maidani Al Nisaburi

Tempat Terbit: Dar Makrifat - Beirut,Lubnan

Bilangan Jilid: 2


Baiklah teman-teman sekalian, ayuh kita melihat contoh pertama yang dipilih dalam peribahasa arab ini. Pada awalnya saya ingin meletakkan gambar pdf ayat tersebut tapi disebabkan gambar tidak jelas maka saya akan tulis sahaja disini.


Peribahasa pertama:




Peribahasa yang dihighlightkan diatas membawa makna kepada "apa yang datang berguling akan pergi dalam keadaan berguling". 

Penerangan isinya adalah: setiap perkara yang anda lakukan yang dapat memberi kesan, maka kesan itu akan kembali kepada anda sama ada baik atau buruk. Jika kamu melakukan perkara baik maka kamu akan diberi kebaikkan. Jika kamu melakukan perkara buruk maka buruklah yang kamu dapatkan.

Sama kan dengan peribahasa melayu? "Buat baik dibalas baik, Buat jahat dibalas jahat".


Baiklah teman-teman sekalian, sampai disini sahaja penulisan untuk kali ini. Nanti Saya akan memberikan satu lagi peribahasa arab yang mempunyai persamaan dengan Bahasa Melayu pada penulisan akan datang. Sekian, Terima Kasih.








Comments