Biodata Penulis (Prolog)
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan. As Taufiq disini dan ini adalah kisah diariku. Ayuh kita mulai! Wahai teman teman sekalian, sudah lama kita tidak bersua muka semenjak saya membuat keputusan untuk tidak menulis diari ini setelah selesai mata pelajaran Arabic ICT. Namun, apabila masuk ke semester baharu dengan subjek baharu, terdapat pensyarahku yang memberikan tugasan untuk membuat blog lagi dan berdirilah saya disini sambil menaip membuat diari.
Untuk kali ini saya tidak akan menaip dalam bahasa arab kerana subjek yang saya amik dan diminta untuk membuat diari adalah subjek Penglahiran Bakat Kreatif. Oleh sebab itu saya akan menaip dalam bahasa melayu sahaja.
Buat masa ini saya akan menterjemah semula tulisan diari saya sebelum ini bermula pengenalan diri sampailah kepada hobi. Kemudian barulah saya akan menceritakan pengalaman yang ada sepanjang saya berada di semester 4.
Sebagai pembuka bicara, Nama diberi As Taufiq Bin Abd Salim berasal dari Selangor Malaysia. Saya telah menetap di Selangor ini selama 24 tahun. Saya sekarang mengambil Ijazah Sarjana Muda Sastera Bahasa Arab di Universiti Putra Malaysia (UPM) selama 3 tahun setengah. Oleh kerana Universiti disini sangat luas, saya perlu menaiki bas atau kereta apabila hendak pergi ke kelas kerana jarak dari bilik ke fakulti sangatlah jauh.
Sepertimana saya maklumkan sebelum ini, saya mengambil Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab selama 3 tahun setengah. Tetapi, selain Bahasa Arab, saya juga ada mengambil subjek lain diluar bidang Bahasa Arab dan ianya merupakan subjek wajib universiti. Contoh subjek tersebut adalah subjek Bahasa Inggeris, subjek Penglahiran Bakat Kreatif, subjek Pengucapan Awam, subjek Ekonomi, subjek Pertanian, dan sebagainya.
π Ini adalah fakulti saya, hampir kesemua subjek saya dipelajari dalam fakulti ini.π
Jadual saya apabila musim pembelajaran bermula, setiap hari kelas akan bermula pada waktu pagi dan tamat pada waktu petang. Jika saya mempunyai waktu terluang sebelum kelas yang berikut bermula, saya akan pulang ke bilik atau mencari kelas yang kosong untuk tidur, makan, dan berehat. ππ
Saya rasa sampai disini sahaja kisah pada hari ini, saya akan mengupload diari lagi dalam masa terdekat ini. Semoga kita berjumpa lagi!!! ππ
Comments
Post a Comment