Biodata Penulis (Bahagian 2)

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera diucapkan. As Taufiq disini dan ini adalah diariku. Ayuh kita mulai!!!


Dalam penulisan sebelumnya, saya akan beritahu mengapa saya mengambil bidang Bahasa Arab di UPM ini. Sebelum itu, saya ingin beritahu anda semua satu rahsia saya. Saya sebenarnya bukanlah pelajar arab yang belajar di sekolah menengah agama atau sekolah pondok, Saya adalah pelajar sekolah menengah biasa dalam aliran ekonomi dan akauntan. Memang saya ada belajar asas bahasa arab semasa sekolah rendah tetapi ilmu itu sudah ditinggalkan apabila saya memasuki sekolah menengah. Persoalannya mengapakah saya tidak mengambil bidang Bahasa Arab semasa di sekolah menengah?


Jawapannya wahai teman teman sekalian adalah kerana sistem sekolah menengah tersebut. Apabila saya memasuki sekolah menengah, saya medapat kelas yang ke 3 sedangkan Bahasa Arab dikhaskan untuk kelas 1 dan 2. Oleh sebab itu, saya mengambil subjek Akauntan dan Ekonomi. Walaupun saya sudah bertungkus lumus untuk skor exam tetapi markah yang didapat tidak memuaskan.



đź’“Ini adalah gambar sekolah rendah sayađź’“



đź’“Ini adalah gambar sekolah menengah sayađź’“


Bagi menyelesaikan masalah ini, pakcik saya mencadangkan saya mengambil semula asas bahasa arab di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dalam bidang pensijilan. Alhamdulillah setelah tamat sijil saya meneruskan pengajian dalam bidang Diploma Bahasa Arab di universiti yang sama. Sekarang ini, berdirilah saya di UPM dalam menyambung Ijazah Sarjana Muda Sastera Bahasa Arab. 



đź’“Ini adalah Universiti Putra Malaysia (UPM) institusi yang saya sedang belajar sekarangđź’“


Sebagai penutup bicara untuk hari ini, saya ingin memaklumkan bahawa janganlah anda cepat berputus asa dalam mencapai sesuatu kerana gagal sekali bukanlah bermakna gagal selamanya. Teruskan berjuang wahai teman teman sekalian. Sekian terima kasih.





Comments