Seniman Agung Tanah Melayu (Bahagian 2)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. As Taufiq disini dan ini adalah kisah diariku, ayuh kita mulai!!!

Baiklah teman teman sekalian, sebelum ini saya telah bercerita tentang biodata seniman agung Tanah Melayu iaitu Tan Sri P.Ramlee dimana beliau telah meninggalkan hasil karya untuk tontonan lapisan masyarakat. Pada hari ini saya akan membicarakan antara salah satu karya yang dihasilkan oleh Tan Sri P.Ramlee. Saya akan memberikan sedikit sinopsis dan nilai pengajaran yang boleh didapati melalui karya ini. Saya berfikir untuk memilih 3 sahaja karya. Oleh itu, untuk dibawah tajuk Seniman Agung Tanah Melayu ini akan mempunyai sebanyak 4 bahagian.


Baiklah Karya yang pertama dipilih adalah filem berjudul: Anak Ku Sazali




Sinopsis daripada cerita ini adalah:


Hassan berkahwin dengan Mahani atas dasar saling mencintai di Singapura. Hassan begitu gembira apabila Mahani mengandungkan anak sulung mereka.


Malangnya Mahani meninggal dunia ketika melahirkan anak lelaki yang kemudiannya dinamakan Sazali.


Kasih sayang dan kepercayaan Hassan terhadap Sazali begitu tinggi sehingga menyebabkan Sazali membesar menjadi seorang yang kurang ajar dan membuat pelbagai kejahatan. 


Sazali mempunyai pengikut yang ramai dan menjadi seorang ketua gengster yang paling dikehendaki di Singapura. Pada suatu hari, pihak polis berjaya mengesan rompakan yang sedang dilakukan oleh kumpulan Sazali, tetapi Sazali dapat melepaskan diri walaupun cedera selepas ditembak polis. Dia  kembali ke rumah ayahnya untuk mendapatkan perlindungan. 


Hassan terpaksa membuat keputusan yang begitu berat bagi menebus kesilapannya di masa lalu dan terus menelefon pihak polis. Sazali akhirnya berjaya diberkas oleh pihak polis ketika sedang tidur di dalam biliknya.


Pengajaran yang boleh diperoleh dari filem ini adalah:

1) Didikan anak bukanlah dengan memberikan harta benda semata-mata.

2) Sayang anak bukanlah memenuhi segala permintaan.

3) Perkara yang paling penting adalah didikan agama, ada agama InsyaAllah apa yang baik dan buruk dapat dibezakan, yang mana pahala, yang mana dosa dapat dielakkan.

Comments