Seniman Agung Tanah Melayu (Bahagian 3)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. As Taufiq disini dan ini adalah kisah diariku, ayuh kita mulai!!!


Baiklah teman teman sekalian. Sebelum ini saya telah menceritakan satu daripada hasil karya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee berjudul " Anak Ku Sazali". Pada hari ini saya akan menceritakan sedikit sinopsis juga berserta nilai pengajaran yang boleh diambil daripada hasil karya yang lain.


Tajuk hasil karya kedua yang dipilih adalah : Bujang Lapok




Sinopsis daripada cerita ini adalah:

Ramli, Aziz dan Sudin tinggal di rumah sewa kepunyaan janda bernama Normah. Gelagat Ramli mula menarik perhatian pemilik rumah sewanya iaitu Normah. Hal ini disedari sendiri oleh rakan baik Ramli iaitu Sudin dan Aziz.

Sudin dan Zaiton pula ingin berkahwin tetapi emak Zaiton tidak setuju ekoran Sudin dilihat tidak berupaya menanggung anaknya. Ayu, adik kepada Zaiton, sentiasa meminta upah sebanyak 20 sen untuk menutup rahsia hubungan cinta antara Sudin dan Zaiton. 

Aziz pula sering membantu Sapiah yang menderita di bawah jagaan bapa angkatnya, seorang kaki botol yang sering bertindak kejam memukul Sapiah. Selepas beberapa lama menyulam cinta, ketiga-tiga sahabat ini akhirnya berkahwin dengan gadis pilihan masing-masing. Sudin dengan Zaiton, Aziz dengan Sapiah dan Ramli dengan Normah. 


Pengajaran yang diperoleh daripada filem ini adalah:

1) Kita mesti mempunyai visi atau objektif untuk mencapai sesuatu. 

2) Komunikasi yang jelas adalah penting sama ada dengan bercakap mahupun dengan menggunakan isyarat tangan.

 
3)  Kita mesti berfikir di luar kotak untuk mengatasi cabaran dan halangan yang dihadapi.


Comments