Seniman Agung Tanah Melayu (Bahagian 4)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. As Taufiq disini dan ini adalah kisah diariku, ayuh kita mulai!!!


Baiklah teman teman sekalian, kita sudah sampai ke penghujung tajuk "Seniman Agung Tanah Melayu". Tanpa membuang masa ayuh kita teruskan.


Hasil karya yang dipilih untuk kisah pada hari ini berjudul: 3 abdul



Sinopsis daripada filem ini adalah:


Di sebuah negara Isketambola, terdapat seorang hartawan yang sangat kaya iaitu Ismet Ulam Raja. Dia mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub. Mereka bertiga selalu bertengkar sesama mereka sendiri kerana adik bongsu mereka, Abdul Wahub selalu tidak sependapat dengan abang-abangnya. Mereka bertiga masing-masing mempunyai perniagaan dengan Abdul Wahab mempunyai Kedai Jual Burung, Abdul Wahib mempunyai Kedai Ukir dan Abdul Wahub mempunyai Kedai Muzik.


Setelah bapa mereka meninggal dunia, Abdul Wahab dan Abdul Wahib mula bersikap tamak dengan membolot semua harta peninggalannya. Manakala, Abdul Wahub hanya diberikan rumah ayahnya. Abdul Wahub berpendapat bahawa cara abang tuanya membahagikan harta-harta ayah mereka tidak adil dan hanya menyebelahi abang-abangnya.  Disebabkan oleh kebencian Abdul Wahub dengan sikap tamak abangnya, dia bertindak untuk memutuskan persaudaraan dengan mereka. 


Sementara itu, Sadiq Segaraga, seorang saudagar barang-barang purba, setelah dinasihat oleh Tuan Penasihat Kassim Patalon, mengetahui bahawa harta-harta yang dimiliki oleh Ismet Ulam Raja telah diwariskan kepada anak-anak lelakinya kemudian berhasrat untuk membolot semua harta tersebut bagi menyelamatkan perniagaannya yang semakin hari semakin merosot. Sadiq Segaraga kemudian mengarahkan tiga anak perempuannya iaitu Hamidah, Rafidah dan Ghasidah untuk memikat ketiga-tiga anak lelaki Ismet Ulam Raja tersebut.


Hamidah, Rafidah dan Ghasidah pun memulakan rancangan mereka dalam memikat Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub. Bagaimanapun, hanya Abdul Wahub sahaja yang tidak terjerat dalam rancangan Sadiq Segaraga itu... 




Pengajaran yang boleh diamik daripada filem ini adalah:


1) Harta yang banyak bukanlah membawa kebahagiaan sebaliknya membawa seribu racun mematikan.


2) Sifat sabar amat penting dalam merangka strategi supaya rancangan yang dibuat dapat dilaksanakan.


3) Hubungan ukhuwah antara adik beradik jangan dipisahkan kerana ikatan jalinan yang ada ibarat bagai isi dan kuku, bagai aur dan tebing, dan bagai air yang dicincang tidak akan putus.  



Comments