Event dan Cosplay? (Bahagian 1)
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. As Taufiq disini dan ini adalah kisah diariku. Ayuh kita mulai!!!
Baiklah teman teman sekalian bedasarkan tajuk diatas, Saya akan bercerita pengalaman saya kali pertama pergi ke event anime dan kali pertama saya cuba cosplay. Untuk makluman, event anime merupakan acara yang dilakukan untuk para penggemar animasi jepun yang kita gelar sebagai anime dan tokusatu (yang minat kamen rider dan ultraman) seperti saya. Para penggemar ini akan datang ke acara tersebut untuk melihat suasana, membeli figura dan bergambar dengan cosplayer (orang yang meniru gaya pakaian karakter) yang disukai dalam cerita tersebut seperti gambar dibawah ini.
💙Ini adalah sebahagian cosplayer yang sempat diamik gambar bersama💙
Gambar diatas merupakan event anime besar besaran yang dibuat di KLCC pada tahun 2018. Setiap bulan event anime akan ada mengikut perubahan tempat akan tetapi event besar besaran hanya dibuat sekali setahun. Jadi pada waktu itu, saya yang sedang belajar di KUIS mendapat notifikasi dari kelab otaku KUIS yang membuat program untuk pergi ke event anime ini. Sebelum itu saya memang kaki anime. Pelbagai cerita anime yang sudah saya tengok tetapi saya untuk pergi ke acara anime itu belum pernah lagi menjejakkan kaki disana. Oleh sebab rasa ingin tahu dan teruja, saya pon mendaftarkan diri dan membeli tiket untuk masuk dalam booth yang diawasi oleh pengawal.
😊Ada juga cosplayer tokusatsu disini😊
Apabila saya sampai ke distinasi, Kawasan KLCC penuh dibanjiri orang Ibarat berada dalam kawanan semut. Saya memerhati ada orang yang bercosplay dan ada yang tidak. Bagi yang bercosplay dan saya kenal karakter itu maka saya akan meminta izin untuk bergambar. Salah satu peraturan penting yang perlu diamalkan bagi orang biasa ini adalah meminta izin terlebih dahulu sebelum bergambar dengan cosplayer ye. Jangan main terjah gitu je 😖😖.
😲ada juga cosplayer marvel dan dc😯
Event ini berlangsung selama 2 hari bermula pukul 10 pagi sehingga 10 malam. Tiket yang saya beli khas untuk 1 hari sahaja. Kalau nak pergi hari kedua, saya perlu membayar tiket yang baharu. Walaupun dapat pergi sehari sahaja tapi sememangnya berbaloi untukl saya kerana ianya sangat meriah dan pelbagai merchandise dijual dengan harga berpatutan. Semenjak daripada itu, segala event anime yang dibuat sekitar UPM saya akan pergi sekiranya tiada kekangan yang berlaku.
😝ini adalah event selanjutnya yang berlangsung di petaling jaya pada tahun 2022😝
Saya rasa sampai disini sahaja kisah yang ingin dikongsikan pada hari ini. Untuk kisah selanjutnya saya akan menceritakan bagaimana saya boleh terjebak dalam dunia cosplay. Sekian, terima kasih.
Comments
Post a Comment