Hobi (Bahagian 2)
Assalamualaikum dan salam sejahtera. As Taufiq disini dan ini adalah kisah diariku, ayuh kita mualai!!!
Baiklah teman teman sekalian, sebelum ini saya sudah menceritakan hobi saya di waktu lapang iaitu berenang. Sekarang ini saya akan menceritakan hobi kedua saya pula. Hobi ini sudah saya mulakan sejak tahun 2018 dan masih berterusan sampai sekarang. Hobi saya ini kebanyakkan tak ramai yang ada buat kerana kalau hobi mengumpul ini ramai orang ada mengumpul benda yang mereka suka. Tetapi hobi mengumpul saya ini tak ramai orang minat. Apakah ia wahai teman sekalian? Hobi saya ini adalah menguumpul mainan. 😂😂
👦Ini adalah hasil mainan yang saya kumpul dari 2018 sampai 2021👦
Sejak kecil lagi, saya dibesarkan dengan cerita animasi hero jepun seperti Ultraman, Kamen rider, Power Ranger, dan lain lain. Ibu saya juga ade membelikan patung mainan untuk saya . Disebabkan waktu itu saya masih kecil dan nakal. segala mainan yang dibeli ada yang rosak,patah,dan hilang. Apabila masa silih berganti, mainan yang dahulu kini sudah tidak wujud dan apabila anda melihat cuplikan video tentang animasi jepun yang telah menemani anda waktu kecil sudah pasti anda akan bernostalgia dan menyoal kepada diri sendiri "kalaulah mainan itu masih ada" atau "mengapa lah aku pergi menghilangkan barang itu?".
Ini adalah mainan dikumpul pada tahun 2022
Mainan diatas adalah series kamen rider pada tahun 2002. Pada waktu itu saya berumur 8 tahun. Saya ada mengumpul figura tapi seperti maklum ada mainan yang selamat ada yang tidak. Mainan di hujung kanan adalah antara yang terselamat dari sebarang kerosakan. Mainan selebih nya adalah menggunakan duit saya sendiri. Mainan ini sebenarnya sangat murah sebab saya beli yang second hand punya. Kalau original sudah tidak ada lagi. Kalau ada 1 figura itu harganya sangat mahal berbanding kesemua mainan yang kumpul diatas. Itu adalah hakikat yang terpaksa dihadapi oleh para pengumpul mainan series kamen rider dan ultraman. Oleh itu, tidak hairan kenapa para pengumpul mainan tidak membenarkan budak budak menyentuh mainan yang dipamerkan dalam bilik kerana apabila rosak atau patah. Sangatlah susah nak mencari alatan ganti atau membeli mainan yang sama jenis.
💗Ini adalah mainan dikumpul pada tahun 2023 sempena menyambut hari jadi saya💗
Mainan di atas ini pula adalah series ultraman. Mainan ini juga saya beli secara second hand tetapi harganya juga sangat mahal. Semasa kecil saya tak mampu nak beli ultraman lain. Pada tahun 2008 keatas, mainan ini dijual dengan harga rm 40. Kalau ikut zaman semestinya memang mahal. Saya hanya mampu tengok di kaca tv atau hanya tengok mainan oleh kawan saya yang lain. Apabila menginjak dewasa, mainan ini dipamerkan sempena anniversary dan semestinya saya bernostalgia akan ultraman ini. Apabila saya ada duit hendak beli, harga yang dijual sudah menjangkau rm 120. Oleh sebab itu saya terpaksa beli yang murah sedikit dan bergetah.
Sebagai penutup bicara, Nasihat saya kepada para ibu bapa sekiranya anda membelikan mainan yang berpotensi untuk menjadi series tolonglah jaga dengan sebaik mungkin. kerana harga yang ada sekarang mungkin murah tetapi tidak untuk masa 10 tahun akan datang. ketika mainan itu dipamerkan pada waktu itu, disitulah nostalgia akan bermain didalam pemikiran budak budak yang telah membesar.
Comments
Post a Comment