Hobi (Bahagian 1)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan, As Taufiq disini dan ini adalah kisah diariku, ayuh kita mulai!!!


Kisah pada hari ini sangat menarik bagi saya untuk ditulis wahai teman teman sekalian. Ya, tajuknya adalah hobi. Saya pasti anda semestinya mempunyai hobi sama ada anda melakukannya diwaktu lapang atau sempit. Sekiranya anda bertanya kepada saya apakah hobi saya? saya akan menjawab ada 2. hobi pada waktu lapang saya adalah berenang dan hobi kedua saya diwaktu sempit adalah mengumpul mainan. Untuk hari ini saya akan menceritakan tentang berenang.


👍Kolam Renang Presint 6 Putrajaya👍


Kadangkala saya ditanyakan soalan berupa berikut: boleh ke kamu berenang? boleh ke kamu terapung di air? dan sebagainya. Saya tidak menyalahkan mereka bertanya begitu kerana fizikal saya sekarang ini ibarat pelampung air yang boleh tenggelam. HAHAHAHA!!! 



😁Ini adalah saya semasa kecil. Comel kan?😁


Saya sebenarnya mempunyai sejarah hitam mengenai air. Pendek cerita ianya menyebabkan saya fobia terhadap air di kolam renang atau pantai. Apabila menjejak usia 15 tahun, pakcik saya membawa saya bersama anak-anaknya belajar berenang di Presint 6 bergurukan seorang ahli bomba yang mahir mencari menyelamat mangsa dalam air.



😎Ini adalah saya dibelah kiri😎


Setelah 2 tahun belajar berenang akhirnya saya berjaya keluar dari ketakutan dan sekarang saya boleh berenang di kolam dalam, di sungai, dan di pantai. Saya juga  mahir menggunakan teknik  berenang yang diajarkan oleh guru saya. Sebagai penutup bicara pada hari ini, Janganlah kamu ragu-ragu untuk mencuba perkara baharu yang kamu pasti ianya dapat memberikan pelbagai manfaat kepada kamu. Sekian, terima kasih.

Comments