Asslamualaikum dan salam sejahtera. As Taufiq disini dan ini adalah kisah diariku, ayuh kita mulai!!!
Teman teman sekalian, semasa saya sedang menghadiri kelas penglahiran bakat kreatif, saya telah didedahkan akan tokoh tokoh sasterawan negara yang telah menyumbang jasa kepada negara. Dalam pada waktu yang sama, saya telah deberi tugasan untuk menceritakan serba sedikit maklumat yang ada tentang tokoh seniman agung yang ada di tanah melayu pada satu ketika dahulu. Namanya teman teman cukup mashur di pelusuk Malaysia dan semua orang pasti akan mengenalinya kerana jasa beliau amat tinggi kepada negara dan masyarakat. Siapakah beliau? dia adalah Tan Sri P. Ramlee.
💖Gambar Tan Sri P. Ramlee💖
Pada kisah hari ini adalah saya akan bercerita sedikit tentang biodata beliau.
Tan Sri P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh adalah seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu yang sangat berbakat. P. Ramlee telah dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929 pada pagi Hari Raya Aidil Fitri. Bapanya Teuku Nyak Puteh yang berasal dari Aceh, Indonesia telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth.
P. Ramlee mula bermain ukele dan kemudiannya beliau bermain gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin brass band di Penang Free School. P. Ramlee pernah menyertai Orkes Teruna Sekampung dan Sinaran Bintang Sore. Pada tahun 1947 P. Ramlee menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Di sinilah beliau mula menggunakan nama P. Ramlee dan nama tersebut kekal menjadi identity beliau.
P.Ramlee pernah mendirikan rumah tangga sebanyak 3 kali dan mempunyai 10 anak yang 2 daripadanya adalah anak kandung dan 8 adalah anak tiri. Sepanjang hidupnya, P.Ramlee telah menghasilkan 401 buah lagu dan 66 buah filem antaranya adalah seperti berikut:
1) Ahmad Albab
2) Ali Baba Bujang Lapok
3) Anak Bapak
4) Anak ku Sazali
5) Bujang Lapok
6) DO RE MI
7) Enam Jahanam
8) Gelora
9) Gerimis
10) Hang Tuah
😁Gambar P.Ramlee dan Saloma😁
P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa, 29 Mei 1973 pada usia 44 tahun akibat sakit jantung semasa mahu tiba di Hospital Kuala Lumpur dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
😭Pusara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang Kuala Lumpur😭
Walaupun Tan Sri P.Ramlee sudah meninggalkan kita untuk 50 tahun lamanya, akan tetapi hasil karyanya berjaya menambat hati penonton tidak kira golongan remaja atau belia dan masih kekal hidup sehingga kini. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam golongan yang beriman... Al Fatihah.
Baiklah teman teman sekalian, sampai disini sahaja kisah untuk hari ini. Pada penulisan selanjutnya saya akan menceritakan sinopsis dan pengajaran yang boleh diambil daripada hasil karya allahyarham Tan Sri P.Ramlee ini. Sekian, terima kasih.
Comments
Post a Comment