Biodata Penulis (bahagian 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. As Taufiq disini dan ini adalah diariku. Ayuh kita mulai!!! 


Baiklah wahai teman teman sekalian, untuk hari ini saya menceritakan tentang keluarga saya. Sebelum itu saya patutlah memperkenalkan diri terlebih dahulu walaupun kamu sudah tahu siapakah saya melalui penulisan saya sebelum ini.


Nama diberi As Taufiq Bin Abd Salim. untuk tahun ini umur saya telah masuk 24 tahun dan masih bujang lagi. Saya sekarang menyambung pengajian ke Ijazah Sastera Bahasa Arab selama 3 tahun setengah. Alhamdulillah selama 2 tahun belajar disana, banyak ilmu diperolehi melalui pensyarah yang berkemahiran.

😸Ini adalah gambar saya😺


Saya mempunyai 4 orang adik beradik dan saya adalah anak bongsu. Kesemua abang dan kakak saya sudah berkahwin dan sudah mempunyai anak. Saya insyallah jika ada jodoh. Mohon doakan saya wahai teman teman sekalian.



✌Saya yang berada dikiri dan disebelah kanan adalah abang dan kakak saya✌


Abang sulung saya yang memakai baju belang putih. Umurnya sekarang dh melebihi 40 tahun. dia mempunyai 8 anak. 4 daripadanya anak kandung dan selebihnya adalah anak tiri. Walaupun begitu, abang saya tetap menyayangi mereka ibarat anak sendiri.


Yang kedua adalah satu satunya kakak sulung dalam adik beradik ini. Umurnya hanya sekitar 2 tahun beza daripada abang sulung saya. Kakak saya mempunyai 3 anak dan kesemuanya lelaki. Kakak saya sangatlah garang tetapi dia juga sangat amik berat terhadap adik beradiknya termasuk saya juga. Kalau diikutkan istilah jepun, kakak saya kategori Tsundere.


Yang ketiga adalah abang saya dihujung kiri gambar. Abang kedua saya ini dari luaran nampak sahaja jenis tidak cakna dengan persekitaran tetapi dia  banyak membantu dalam bayang supaya urusan pembelajaran saya dipermudahkan.


Saya rasa sampai disini sahaja kisah saya pada hari ini. Untuk kisah seterusnya saya akan menceritakan mengapakah saya mengambil bidang bahasa arab di UPM ini. Sekian daripada saya, terima kasih.




 

Comments